Maklumat Lain Yang Penting

MAKLUMAT BERTOLAK & Pentingnya berada di London malam sebelum bertolak

Bas akan bertolak pukul 8 pagi tepat. Pastikan anda sampai ke tempat bertolak selewat-lewatnya 30 minit sebelum masa bertolak untuk proses pemunggahan masuk barang-barang. Peserta perlu menepati masa kerana kami tidak mengamalkan ‘Janji Melayu’ dalam hal menepati masa. Oleh itu, peserta dinasihati untuk tiba di London malam sebelum bertolaknya trip.

Beritahu kami alamat tempat penginapan anda di London terutamanya nombor talipon h/p kalau-kalau ada masalah yang timbul

TEMPAT BERTOLAK

Tempat bertolak untuk kesemua trip adalah di:

Park Lane, London
(Jalan bersebelahan Speaker's Corner di Hyde Park)

Untuk ke Park Lane, anda boleh ambil tube (keretapi bawah tanah), ambil 'Central Line' ke stesen 'Marble Arch' dan ikut peta berikut. Dari Marble Arch dekat saja ke Park Lane, boleh jalan kaki.

Map to Park Lane


Kena tinggal Bas? Kena naik basikal lah nampaknya!

SAYA DITINGGALKAN BAS!!!

Talipon h/p kami 07767-686301 sebaik sahaja anda jangka akan lambat ke tempat bertolak. Anda mungkin diarah untuk pergi ke dover dan kejar bas sebelum bas naik ferry ke France lebih kurang pukul 10.30 pagi. Talipon h/p kami dan anda akan diberitahu jenis dan warna bas yang kami guna.

Kalau anda tidak sempat kejar kami di Dover, anda perlu pergi sendiri ke kawasan perkemahan kita yang pertama samaada di Amsterdam untuk 'Highlights' dan 'Conquest of Europe' ataupun di Paris untuk 'Spanish Fiesta'.

BERGOTONG-ROYONG

Inilah semangat berkemah! Mengikut pengalaman peserta -peserta yang lepas, untuk betul-betul seronok bercuti cara perkemahan begini, dapatkan kenalan dan belajar kemahiran baru (macam teknik potong bawang) ialah dengan melakukan sesuatu seumpama suatu pasukan. Kami harap semua peserta trip dapat meringankan tulang tolong-menolong. Paling kurang setiap peserta mesti basuh pinggan sendiri. Yang lainnya tak wajb buat cuma apa salahnya lancarkan program perjalanan kita seperti tolong buat kemah makan, punggah bas, masak dan membasuh...semuanya termasuk dalam pakage percutian bersuka-ria kita!!!

CADANGAN BARANG-BARANG PERLU DIBAWA


Paris boat cruise

Pakaian: Anda perlu pakaian kasual dan pakaian untuk mandi pantai kalau berminat. Perlu diingat yang walaupun dimusim panas, malam dan awal pagi masih terlalu sejuk dan tempat seperti Switzerland memang sejuk. Jadi mesti bawak jeket tebal musim sejuk. Payung ataupun baju hujan jangan lupa.

Keperluan Lain: Bawak cukup barangan ke bilik air dan ubat peribadi kerana jenama yang kita biasa guna mungkin susah nak cari di Eropah. Bawak krim rintangan cahaya matahari, sabun, lampu picit memang mesti bawa, jam loceng, kompas, sejadah, pen dan kertas, tisu tandas dan suatu kemestian - selipar!

Sleeping kit: Anda MESTI bawa sleeping bag! Tilam angin disediakan dan cara cerdik buat bantal ialah dengan menggunakan jaket dimasukkan dalam sarung bantal.

Luggage: Seorang dibenarkan bawak satu suitcase/beg/rugsack sederhana besar, hand luggage dan sleeping bag. Ingat bahawa trip ini bukannya sebulan...jadi tinggalkanlah yang tak perlu!

Gambar: Filem dan bateri ada dijual dimana-mana tapi lebih senang kalau dibawa siap-siap dan di tempat pelancongan selalunya mahal barang tersebut dijual. Ikutlah berapa banyak anda fikir perlu bawa - memang terlalu banyak tempat bergambar masa bercuti! Bawa bateri charger untuk kamera dan talipon bimbit sekali. Lepas itu anda perlu beli adapter Eropah (boleh beli dalam ferri)

TRAVEL INSURANCE

Semua peserta MESTI ambil travel insuran untuk melindungi kemalangan, kos hospital, kecurian dan kehilangan passport yang memang lumrah orang melancong. Kalau tidak ada travel insuran masih boleh sertai, cuma risikonya besar dan sebarang kejadian malang ditanggung sendiri. Harga Travel insurance tidak termasuk dalam harga pakage percutian dan penduduk UK yang telah tinggal di UK lebih 12 bulan penuh boleh dapatkan travel insuran dari kami dengan harga £20 (dewasa) dan £15 (kanak-kanak). Penduduk luar UK boleh dapatkan travel insurance dari negara masing-masing yang berkemungkinan besar lebih murah.

DOKUMEN PERJALANAN DAN VISA

Setiap peserta perlu bawa passport yang sah. Pemegang passpot Malaysian tidak perlu mendapatkan visa untuk kesemua negara yang kita lawati. Warganegara lain perlu pastikan status masing-masing berkenaan visa. Anda perlu pastikan sendiri yang anda perlukan visa atau tidak. Mendapatkan Visa adalah tanggung-jawab masing-masing. sila lihat www.ambafrance-uk.org) Kami akan tolong sedaya-upaya tanpa melanggar undang-undang. Pastikan passport sentiasa disamping anda dan bukan diletakkan dalam beg baju besar yang ditempatkan dalam ruangan bawah bas. Passport diperlukan semasa merentas sempadan.

UNTUK WARGANEGARA ASING YANG PERLUKAN VISA (YANG BUKAN PEMEGANG PASPORT MALAYSIA)

Dua jenis visa diperlukan untuk SESETENGAH WARGANEGARA:

  1. Visa untuk Switzerland dan
  2. Visa untuk negara-negara Schengen (termasuk semua negara-negara lain).
Bila kami terima deposit anda, kami akan berikan 'surat bantuan' untuk proses permohonan visa. Surat tersebut akan menyatakan yang anda telah membuat pendataran dan pakage percutian ini adalah termasuk penginapan dll dan anda juga telah bayar travel insurance.

Kalau anda tinggal di England, berikut adalah cara memohon visa Schengen:

  1. Buat Booking untuk pakage percutian yang diminati dengan cara mengisi borang dan bayar deposit untuk dapatkan 'surat bantuan' dari kami.
  2. Talipon 090 6554 0700 secepat mungkin untuk dapatkan tarikh temujanji ke kedutaan France di South Kensington, London. Tidak guna pergi ke kedutaan tersebut jika tidak dapatkan dahulu tarikh dan masa temu janji kerana tidak akan dilayan. Pihak Kedutaan akan hantarkan surat pengesahan temujanji melalui pos. Visa Schengen hanya boleh dimohon dari kedutaan France kerana kita masuk keluar France paling banyak kali sepanjang trip.
  3. Pergi ke website kedutaan France www.ambafrance-uk.org untuk dapatkan maklumat terkini dan printkan borang permohonan visa.
  4. Bawa surat pengesahan temujanji dan surat lain yang diperlukan ke kedutaan France. Surat-surat yang perlu dibawa adalah (lihat www.ambafrance-uk.org):
Untuk maklumat dapatkan Visa Switzerland, pergi ke website: www.swissembassy.org.uk atau email swiss@cgmanchester.freeserve.co.uk atau talipon officenya di London: 020 7616 6000 . Alamat mereka di Manchester adalah: Swiss Consulate General, Portland Tower, 6th floor, Portland street, Manchester M1 3LF Selesaikan masalah visa ini secepat mungkin. Kalau prosesnya tidak lancar, anda ada banyak masa unutk uruskan apa yang patut. Peserta perlu mohon visa dari kedutaan yang berkaitan di negara kediaman peserta.

PERBELANJAAN

Jelas sekali hal ini akan berlainan antara individu. Dari pengalaman, pelajar sengkek tak berduit masih dapat bergembira pergi ke trip dengan membawa duit poket sebanyak £250. Bawa kad kredit dan kad debit anda kerana boleh keluarkan duit ataupun buat bayaran di kedai dan mesin cash yang paparkan simbol yang sama. Kami cadangkan anda tukar sedikit cash dahulu samada di tempat kediaman anda, di London ataupun masa dalam ferri dan selebihnya boleh ditukarkan masa berada di Eropah.(boleh cari yang termurah).

PANDUAN BERBELANJA

Ini hanya anggaran berdasarkan harga tahun lepas dan perlu diambil sebagai pedoman kasar sahaja. List berikut adalah senarai perbelanyjaan yang tour manager rasa setiap peserta tidak patut ketinggalan.

Kelana Convoy Group T-Shirt

£10.00

 

Cities

Excursions / Souvenirs

Euro / Swiss Franc

Equivalent £

Amsterdam

Gambar berbaju Belanda

5.00

£3.30

Canal cruise

5.00

£3.30

Van Gogh Museum

7.00 (Dewasa)
2.50 (Kanak2)

£4.60 0 (Adults)
£1.60 (Children)

Brussels

Bruparc Atomium

9.90

£6.50

Mini Europe

9.90

£6.50

Lauterbrunnen

Bukit Jungfrau

120.70 SF (Dewasa)
60.50 SF (Kanak2)

£60.50 (Dewasa)
£30.00 (Kanak2)

Venice

Bot ke Venice

5.00

£3.30

Gondola (untuk 5 orang)

20.00 seorang

£13.30 seorang

Monte-Carlo

Keretapi Tourist d JlnRaya

6.00

£4.00

Paris

Eiffel Tower

Tingkat bawah 4.00
Tingkat kedua 7.00
Atas sekali 10.00

£2.60
£4.60
£6.60

River Cruise

6.00

£4.00

Louvre Museum

7.20, 4.20 selepas 3pm

£4.50, £2.60 selepas 3pm

Disneyland Paris

June - 27.00 (Dewasa)
          20.00 (Kanak2)
July - 39.00 (Dewasa)
          27.00 (Kanak2)

June - £18.00 (Dewasa)
           £13.00 (Kanak2)
July - £26.00 (Dewasa)
           £18.00 (Kanak2)

SEMASA DALAM TRIP

Sila pastikan setiap kali kita tinggalkan sesuatu kawasan perkemahan yang anda telah mengambil semua barang-barang anda, tiada yang tertinggal, terutamanya bila diakhir perjalanan. Bas akan digunakan untuk tour yang berikutnya dan mungkin kami tidak boleh pulangkan barangan cendermata kesayangan anda. Kami tidak mahu bertanggung jawab atas kehilangan barang dalam hal sebegini.

PEDOMAN PERJALANAN MUSLIM

Doa naik kenderaan:

"Maha Suci dia yang telah memberikan kemudahan ini buat kami dan kami tidak mungkin dapat dengan hanya usaha kami sendiri.

(Surah Az Zukhruf 13)

Solah

Dalam musim panas; Jama’ dan Qasr untuk Zuhr/Asr akan boleh dilakukan dalam pukul 7petang di kawasan perkemahan dan Maghrib/Isya’ dalam pukul 10 malam. Subuh dalam pukul 3.30pagi dan matahari terbit pukul 5 pagi dan jangan lupa bawak kompas dan sejadah.

Pasangan kekasih muslim yang belum bernikah.

Pasangan kekasih muslim yang belum berkahwin diminta untuk menghormati adat dan peserta muslim lain dengan tidak mengkongsi kemah dan cabin. Sila cari peserta sejantina untuk kongsi kemah/kabin.

PENYERTAAN KANAK-KANAK

Kami mengalu-alukan penyertaan kanak-kanak. Setiap tahun memang ada kanak-kanak dan bayi yang sertai dan semuanya memang seronok. Sebelum membuat keputusan untuk sertai trip, ibubapa hendaklah memahami keadaan percutian begini supaya tahu dari mula. Antara fakta yang berkaitan adalah:


Lihat Eropah dalm 3 dimensi
  • Ada hari-hari yang kita akan berada sehari suntuk dalam bas (lihat program perjalanan). Walaubagaimanapun, kita akan berada dalam bas moden dengan kerusi bersandar dan kita akan berhenti setiap 2 jam supaya tak lenguh kaki dan untuk pergi ke tandas. Kita akan adakan hiburan dalam bas (seperti menonton video).
  • Memang baiklah bawa kerusi sorong budak-budak bila bersiar-siar.
  • Bayi menangis akan mengganggu peserta lain dan pemandu bas, jadi adalah menjadi kewajipan ibubapa untuk menilai ragam anak-anak sendiri samada sesuai untuk pergi dengan peserta lain. Kita memang selalu ada bayi yang turut serta dan semuanya baik-baik belaka dan menjadi kesayangan para peserta.
  • Walaupun trip pilihan anda di musim panas, waktu malam dan awal pagi sering sejuk sekali terutama di Switzerland. Jadi semua dimestikan bawa jaket tebal musim sejuk dan sleeping bag. Semasa cuaca begini peserta akan digalakkan untuk mengambil kabin (harganya lebih kurang £5 satu malam).

    Untuk maklumat harga penyertaan Kanak-kanak, klik sini.

    PEDOMAN BAHASA ASING

    Berikut adalah antara perkataan yang biasa diguna sebagai kemudahan anda semasa dalam trip, walaupun ramai yang boleh berbahasa Inggeris.

    MELAYU

    FRENCH

    ITALIAN

    GERMAN

    Selamat Pagi

    Bonjour

    Buongiorno

    Guten morgen

    Selamat Tengah Hari

    Bonjour

    Boungiorno

    Guten tag

    Selamat petang

    Bonsoir

    Bueno sera

    Guten abend

    Selamat malam

    Bonne nuit

    Buono notte

    Gute nacht

    Selamat jalan

    Au revoir

    Arriverderci/ Ciao

    Auf wierdesehen

    Ya

    Oui

    Si

    Ja

    Tidak

    Non

    No

    Nein

    Tolong/Sila

    S’il vous plait

    Per favore

    Bitte

    Terima kasih

    Merci

    Grazie

    Danke

    Maafkan saya

    Pardon/excusez-moi

    Mi scusi/perdoni

    Entshuldigung

    Di manakah?

    Ou est…?

    Dov’ e…?

    Wo ist…?

    Berapa?

    Combien?

    Quanto (Quanti) ?

    Wie viel?

    Apa?

    Quoi?

    Che?

    Was?

    Bila?

    Quand?

    Quando?

    Wann?

    Satu

    Un

    Uno

    Eins