Bagaimanakah cara sertai?
UNTUK BOOKING COP TEMPAT
Print borang penyertaan.
Kembalikan borang terisi beserta cheque sebagai deposit berjumlah £75 atas nama ‘Kelana Convoy Ltd’ dan hantarkan ke alamat kami seperti yang tertera dibawah
 Berbangga dapat tawan Eropah! |
Kelana Convoy,
74 Howards Road,
London E13 8AY
Tel/fax: 020 8470 6336
H/p: 07767 686 301
email:
hairul@kelanaconvoy.co.uk
Setiap peserta perlu mengisi satu borang penyertaan (termsasuklah kanak-kanak setiap peringkat umur). Borang boleh di potocopy.
Bayaran selebihnya perlu dijelaskan selewat-lewatnya sebulan sebelum tarikh berlepasnya trip pilihan anda. Kalau lambat bayar, anda menimbulkan risiko kehilangan tempat yang telah dikhaskan dan juga risiko kehilangan deposit.
 Sama-sama kita bergembira! |
PESERTA DARI LUAR UNITED KINGDOM
- Anda perlu bayar dalam British Pound Sterling samada dengan bank Draft atas nama ‘Kelana Convoy Ltd’ (sesuai untuk penduduk Republic Ireland) ataupun buat electronic transfer ke akaun kami - sila email untuk butir akaun.
- Anda perlu uruskan tiket penerbangan pergi balik ke London sendiri
- Uruskan tiket penerbangan anda supaya sampai di London selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh mula Europe Tour.
- Paling awal, tiket penerbangan balik perlu sehari selepas tarikh tamat Europe Tour.
- Kami boleh tolong carikan penginapan di London.
Untuk boking trip pilihan anda, peserta dari Malaysia, Japan, USA, timur Tengah dan negara-negara lain adalah dinasihati untuk:
- Mengisikan borang penyertaan setelah diprint dari website dan hantarkan ke alamat pos kami atau,
- emailkan borang yang sudah diisi ke alamat email kami dan,
- bayar deposit melalui electronic transfer ke akaun kami ataupun hantarkan bank draft dalam British Pound Sterling ke alamat pos kami.
- Anda boleh dapatkan bank draft dari bank anda dan pastikan bank draft tersebut di namakan atas nama ‘Kelana Convoy Ltd’. Harap maklum bahawa cara electronik transfer adalah lebih selamat.
- Bayaran seterusnya boleh dibuat dengan cash bila tiba di London.
Pastikan anda beritahu kami setiap peringkat langkah-langkah diatas yang anda ambil untuk mengelakkan kekeliruan.
BILAKAH TARIKH TAMAT PENYERTAAN?
Tarikh tamat penyertaan tidak ditetapkan. Memandangkan tempat adalah terhad, kami terima penyertaan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Oleh itu, daftarlah secepat mungkin supaya tidak keciwa.
Walaubagaimanapun, jika anda lambat membuat keputusan dan tinggal sehari sahaja lagi untuk trip pilihan anda, jangan teragak-agak untuk hubungi kami kerana mungkin ada rezeki. Tetapi penyertaan awal akan memastikan tempat dan paling kurang boleh daftar sebagai list menunggu dan jika bernasib baik, boleh gantikan tempat peserta yang batalkan hajat untuk sertai.
BERMINAT PROMOSIKAN TRIP MENARIK INI PADA KAWAN-KAWAN?
Kami ada poster dan flyers Europe tour 2004 untuk ditampalkan (pada notice board di Persatuan Pelajar Malaysia, surau, department University) dan diedarkan pada yang berminat.
Mahukah anda promosikan pakage percutian ini? Dapatkan lebih ramai kawan-kawan untuk sertai - lagi ramai lagi meriah. Beritahu kami nama dan alamat anda kalau berminat mahukan bahan hebahan tersebut melalui email:
hairul@kelanaconvoy.co.uk.
BOKING BERKUMPULAN
Ada diskaun boking berkumpulan (minima 5 orang)
Ringkasan diskaun boking berkumpulan
Saiz kumpulan |
Diskaun |
 Singles Club |
5 - 10 |
£5 diskaun seorang |
11 - 15 |
£10 diskaun seorang |
16 - 20 |
£15 diskaun seorang |
21 - 25 |
£20 diskaun seorang |
26 + |
£25 diskaun seorang |
Nota:
- Peserta dalam kumpulan tidak perlu mendaftar pada masa yang sama untuk dapatkan diskaun berkumpulan diatas, tetapi mesti untuk trip yang sama.
- Bilangan peserta dalam kumpulan akan semakin bertambah bila ada orang baru yang mendaftar dibawah nama ketua kumpulan yang sama
- Oleh itu, jangan berlengah mendaftar copkan tempat anda pada trip yang diminati!
- Untuk membentuk kumpulan, lantik dan tuliskan nama ketua kumpulan pada borang penyertaan
- Hanya peserta dewasa boleh menambahkan bilangan dalam kumpulan untuk diskaun berkumpulan. Harga kanak-kanak telah diberi diskaun, sila lihat maklumat di bawah
- Diskaun yang diberi akan bergantung pada jumlah bilangan ahli kumpulan yang betul-betul jadi pergi trip. Yang batalkan penyertaan tidak akan dikira.
- Setiap peserta dalam kumpulan perlu membayar deposit sejumlah yang ditetapkan iaitu £75. Diskaun yang diberi akan ditolakkan nanti bila masa membayar bayaran selebihnya.
HARGA KANAK-KANAK
(bawah 15 tahun)
- £329 untuk 'Conquest of Europe'
- £219 untuk 'Highlights of Europe'
Kanak-kanak berumur 3 tahun dan kebawah pergi percuma.
PENUKARAN TARIKH DAN/ATAU PEMBATALAN PENYERTAAN
Bila anda mahu menukar tarikh
Kalau anda mahu tukar ke tarikh yang lain ataupun tukar orang, sila beritahu kami serta-merta dan kami akan cuba sedaya upaya untuk beri bantuan. Penukaran ke tarikh yang lain adalah bergantung pada kekosongan dan mungkin dikenakan charge (ini untuk kembalikan sebarang kerugian yang kami alami atas sebab penukaran yang anda buat) Kalau anda tukar ke suatu tarikh yang kemudiannya dibatalkan oleh pihak kami, kami tidak akan pulangkan deposit £75.
Bila anda batalkan penyertaan
Bila anda mahu batalkan penyertaan, sila beritahu kami serta-merta.
Deposit tidak dikembalikan tetapi anda boleh carikkan pengganti. Kalau anda tidak dapat cari pengganti, anda akan dikenakan yuran dengan skala yang ditunjukkan dalam jadual dibawah. Jadual dibawah dibuat selari dengan kos pembatalan anda dan kerugian yang kami alami jika kami tidak dapat jual balik tempat kosong yang anda tinggalkan.
Jankamasa anda memberi notis sebelum tarikh mula trip |
Yuran pembatalan dikenakan |
Lebih dari 28 hari |
Hanya deposit |
22-28 hari |
30% dari harga pakage percutian |
15-21 hari |
60% dari harga pakage percutian |
7-14 hari |
90% dari harga pakage percutian |
Kurang dari 7 hari |
100% dari harga pakage percutian |
Penukaran/Pembatalan trip Dipihak kami
Semua pakage percutian direka dengan ikhlas. Kadang-kadang, disebabkan keadaan yang diluar kawalan, kami terpaksa tukar program perjalanan. Kami berhak menukar program perjalanan ataupun batalkan mana-mana trip jika disebabkan keadaan luar kawalan kami seperti penutupan jalan atau bangunan dll. Wang penuh akan dikembalikan jika penukaran tarikh perjalanan tidak berpadanan dengan pelan asal peserta ataupun jika kami terpaksa batalkan trip kerana keadaan luar kawalan kami ataupun trip tidak berbaloi untuk kami aturkan. Malangnya kami tidak dapat bayar kerugian anda dalam hal ini dan kami tidak bertanggungjawab atas modal lain atau kerugian lain yang anda tanggung disebabkan keputusan yang kami buat.