Program 16 hari ‘CONQUEST OF EUROPE’
Tarikh Perjalanan:
(Sila klik sini untuk cek kekosongan) |
![]() Conquest 2003 |
![]() Jatuh cinta kat Amsterdam! |
Hari Pertama: London ke Amsterdam Kita bertolak dari Park Lane, London pada pukul 8 pagi tepat! (klik sini untuk maklumat tempat/masa berlepas) menuju ke Dover, Dari sini kita ambil ferry menyeberang ke Benua Eropah. Kita akan lalu France dan Belgium sebelum sampai ke Holland dan perkarangan perkemahan berdekatan Amsterdam. Peluang berehat bekenalan antara satu sama lain malam ini sambil menikmati kelazatan makanan malam setelah sehari dalam perjalanan dan penat shopping dalam ferry. Yang minat boleh main pool dekat restaurant dalam perkarangan perkemahan.B,L,D |
Hari ke-2: Amsterdam dan Volendam Selepas sarapan pagi, kita dipandu ke Volendam, sebuah kampung perikanan dan pembuatan keju yang sungguh indah. Apa kata kita cuba pelbagai makanan laut, bebola sirap (macam bebola kaya tapi berbagai perasa lain) dan ambil gambar berpakaian belanda macam susu cap junjung Dutch Lady! Volendam dibina diatas daik tinggi yang memisahkan laut dengan darat yang lebih rendah arasnya. Kita pasti tidak mahu lepaskan peluang bergambar dengan kincir angin disini. Tengahhari pula, kita dibawa ke bandar Amsterdam. Berpandukan peta dan keterangan pemandu pelancong, peserta diberi masa jelajah sendiri Amsterdam. Antara aktivity bersesuaian disini ialah membeli-belah bunga tulip, tengok museum Van Gogh, museum Ann Frank dan naik boat mengelilingi terusan-terusan sekitar bandar Amsterdam. Peminat koleksi t-shirt Hard Rock Café boleh beli disini. Jengah-jengah sikit red light district dan museum sex yang memang terkenal di Amsterdam. B,D |
![]() Volendam |
![]() |
Hari ke-3: Ke Heidelberg Kita menuju tenggara ke Germany hari ini dan destinasinya ialah bandar Heidelberg. Anda boleh jalan mendaki ke istana kota atas bukit ataupun naik keretapi. Lawat penjara pelajar bersejarah di bandar University Heidelberg dan membeli belah di pasar tradisional keliling gereja bersejarah bandar ini. Restaurant Mcdonald pertama di Eropah dibina disini semasa zaman perang supaya askar Amerika bertugas disini tidak terasa terlalu berjauhan. Kita juga akan berkemah di Heidelberg. B,L,D |
Hari ke-4: Heidelberg ke Innsbruck. Tidak jauh perjalanan kita akan sampai ke Neuchwanstein Castle. Istana kayangan ini merupakan sumber inspirasi Mr Disney semasa mereka istana kartun Disneyland. Memang tersergam indah menawan istana kayangan ini. Dibina di atas bukit, dikelilingi bukit bukau dan tasik. Kita kemudiannya meneruskan perjalanan ke negara Austria dan perkarangan perkemahan kita berdekatan Innsbruck.B,L,D | ![]() |
Hari ke-5: Innsbruck ke Venice
Pagi ini kita melawat bandar Innsbruck. Kita lawati bandar lamanya yang dikelilingi oleh tembok bandar. Kita ambil gambar anjung emas yang tersergam indah di perkarangan diraja. Innsbruck pernah menjadi tuan rumah sukan Olympic musim sejuk. Sebelum kita mengorak langkah ke negara baru, Italy kita singgah sebentar ke luncur lompat tinggi ski Olympic. Seterusnya kita tuju ke destinasi seterusnya, bandar terapung - Venice. Kita akan berkemah disini selama 2 malam.B,L,D
![]() |
Hari ke-6: Venice Perjalanan menaiki bot selama setengah jam dari kawasan perkemahan membawa kita ke pusat bandar. Anda boleh berjalan sehari suntuk jelajah bandar unik ini. Antara lain, anda akan menikmati keindahan dataran St Marks dan gereja besarnya, Istana pembesar, jambatan bridges of sighs. Mesti pergi Jambatan Rialto untuk pemandangan menarik dan membeli belah barang cendermata di pasar Rialto seperti barangan kaca crystal Murano, topeng venitian dan lace. Boleh naik teksi air ke sekitar pulau Venice ataupun lebih romantik lagi, naik gondola melalui terusan-terusan di Venice.B,D |
Hari ke-7: Ke Rome Sehari perjalanan menuju ke Rome. Sampai awal petang. Kita bergembira dengan pelbagai hiburan di dalam bas.B,L,D |
![]() Roman Colosseum yang cantik bersejarah |
Hari ke-8: Rome Antara lainnya, bandar semua dalam satu ini membawa kita jejaki era ketamadunan Rome lama, zaman Renaissance dan kerajaan Roman Katolik. Tengoklah bekas peniggalan kuasa lama Rome di Foro Romano, lawat stadium Colosseum and air pancut Trevi. Terokailah rahsia kota Vatikan dan Sistine Chapel. Satu hari suntuk diperuntukkan untuk jelajah seluruh kota Rome.B,D |
![]() Leaning Tower of Pisa |
Hari ke-9: Rome ke Pisa Kita mula jalan ke utara hari ini dan tempat lawatan pertama kita ialah menara condong Pisa. Disini kita boleh melawat menara condong dan gereja dan babtistry bersebelahan. Lewat petang kita balik ke kemah.B,L,D | ![]() |
Hari ke-10: Monte-Carlo, Monaco Selepas beberapa jam perjalanan, kita sampai ke Monaco. Kita lawat Monaco dan ibu negaranya, Monte-carlo. Negara kecil ini menjadi syurga lepasan cukai kepada ramai warga kaya dan ternama dunia. Bagusnya naik kereta api pelancong yang bawa melawat semua tempat menarik disini termasuklah serkit Formula-one, Casino Monte-Carlo, Istana Kerajaan, dan museum hidupan laut. Mana tahu kalau-kalau ternampak celebrity impian anda disini. Takpun berlagak jadi jutawan dengan mengambil gambar sebelah kapal-kapal dan kereta-kereta mewah. B,D |
![]() Mewahnya! Monte-Carlo ![]() |
Hari ke-11: Ke Swiss Alps Lauterbrunnen
Sepanjang hari ini kita berseronok dalam bas dalam perjalanan ke Switzerland. Kita adakan permainan, nyanyian dan tonton filem menarik sambil mengkagumi keindahan pemandangan sekeliling. Kita dipandu tepi pantai laut Liguera laut yang menghala ke Laut Mediterranean. Pemandangan terus menakjubkan bila kita menghala ke Switzerland melintasi Tasik Como dan Tasik Lugano sebelum sampai ke perkarangan Swiss Alps. Kawasan perkemahan kita untuk dua malam seterusnya terletak di lembah antara bukit gergasi bertopikan salji dan ber air terjun.B,L,D
Hari ke-12: Lauterbrunnen & Swiss Alps
Anda ada sehari suntuk untuk jelajahi kawasan pergunungan. Excursion pilihan ke Gunung Jungfrau mempelawa anda mengalami keajaiban pemandangan alam semulajadi sekeliling bila dibawa naik keretapi bergigi selama 2 jam ke puncak Gunung Jungfrau setinggi 3454m. Bila di puncak, disamping pemandangan menakjubkan, anda akan melawat gua ais dan jika cuaca mengizinkan anda boleh main ski dan meluncur turun bukit menggunakan gelungsur plastik yang sungguh menyeronokkan. Peserta yang tidak memilih excursion ke gunung Jungfrau boleh melawat Trummmelbach falls (gua unik dengan 10 buah air terjun mengkagumkan) ataupun mendaki gunung sekitar. Yang naik gunung mesti ada Jaket tebal musim sejuk, kasut bersesuaian dan cermin mata hitam.B,L,D
![]() Jadikan kenyataan - anda dan Eiffel Tower, Paris |
Hari ke-13: Ke Paris Kita tinggalkan gugung-ganang dan tuju ke kota metropolitan Paris. Anda akan sekali lagi dipersonakan dengan pemandangan tasik-tasik besar nyaman kawasan Interlarken di pagi ini. Cega tengok ladang-ladang anggur yang terkenal dengan hasilan wine dan beberapa istana lama sepanjang jalan sebelum sampai ke suasana berbeza - waktu sebok sesak kota Paris.B,L,D |
Hari ke-14: Paris Hari kita bermula dengan tour berbimbing kota Paris. Tour Guide akan tunjukkan tempat-tempat menarik seperti Notre Dame Cathedral, Champs Elysees, Arc de Triomphe dan Eiffel Tower. Setelah semua diberi taklimat mendalam dan berpandukan peta yang diberi, peserta akan menjelajah sendiri ke mana-mana yang disukai. Inilah tempatnya untuk tengok panjat Eiffel Tower puas-puas, masuk Louvre Museum tengok gambar Mona Lisa lukisan Leonardo Da Vinci dan leka berbeli belah. Dimalam hari kita berromantik naik kapal melihat malam Paris bercahaya. Pada yang sudah sampai ke Paris sebelum ini, kami ada banyak cadangan tempat menarik sekitar Paris yang anda masih belum terokai! B,D |
![]() |
Hari ke-15: Paris - Pilihan ke Disneyland Paris
Hari ini, satu hari suntuk dikhaskan untuk berseronok jerit gelak ketawa di Disneyland Paris. Pada yang kurang berminat boleh jalan Paris lagi satu hari, pergi ke tempat-tempat lain yang belum sampai seperti Istana mega mewah Versailles, bangunan pencakar langit di La Defence ataupun melawat stadium Stade De France. B,D
Hari ke-16: Paris ke London
Selepas sarapan pagi, kita mengorak langkah keluar dari Paris menuju ke pelabuhan Calais, dari sini kita naik ferry ataupun keretapi terowong Channel tunnel balik ke England. Kita dijangka sampai London lebih kurang pukul 5 petang. Para peserta boleh pilih untuk diturunkan samada di Victoria Station ataupun Park Lane. B,L
Bon Voyage!
B - Breakfast; L - Lunch; D - Dinner
Semua pakage percutian direka dengan ikhlas. Kadang-kadang, disebabkan keadaan yang diluar kawalan, kami terpaksa tukar program perjalanan. Kami berhak menukar program perjalanan ataupun batalkan mana-mana trip jika disebabkan keadaan luar kawalan kami seperti penutupan jalan atau bangunan dll. Wang penuh akan dikembalikan jika penukaran tarikh perjalanan tidak berpadanan dengan pelan asal peserta ataupun jika kami terpaksa batalkan trip kerana keadaan luar kawalan kami ataupun trip tidak berbaloi untuk kami aturkan. Malangnya kami tidak dapat bayar kerugian anda dalam hal ini dan kami tidak bertanggungjawab atas modal lain atau kerugian lain yang anda tanggung disebabkan keputusan yang kami buat.